Thursday, December 18, 2014

Dunia Mistika.....har....har....har.....

Assalamualaikum n a very good morning.

Well....it almost noon dude. it's not two minutes to midnight, it's forty minutes to noon....suruh Iron Maiden buat album baru. Aku blajaq english kat sekolah dulu cuma dengaq lagu Iron Maiden ja, paih tu ada satu dictionary oxford satu kat tangan. Dictionary tu cukup baguih...harga dia masa tu RM70.00 ja. Cikgu kelaih aku paksa beli.....Mr Nicholas Wood nama dia (dengaq cerita dah masuk Islam n kawin org Kedah, wallahuaklam). Anyway, dia tu mmg keghaih cara dia berjalan. Takdak lenggang langsung...memang macam robot. Pasai tu kot dia dapat nama Woods. Tapi, dia mengajaq ok jugak la. Agaknya dia mmg dah maklum yg kelaih dia ajaq tu mmg kelaih yg sumanya "superb" english depa kot :D.......hahaha. Aku kelaih set 5 masa tu, form 4 1985. So, aku ni mmg suka dengaq lagu rock masa tu especially Iron Maiden la. Aku pinjam walkman sapa tau masa tu....so, sambey dengaq sambey bukak dictionary. Alhamdulillah, aku xdak la bangang sangat english aku la ni.

Iron Maiden ni, aku minat sangat pasai dia punya lagu n irama. Lagu dia ni, banyak cerita dalam tu. Contohnya Flight of Icarus...dia cerita pasai dewa Greek Icarus yang cuba terbang guna sayap yang bapak dia cipta. Atau lagu Aces High yang menceritakan pasal British Royal Air Force....yang lagi best sebelum lagu tu dia boh words by Britain PM, Winston Churchill...." we shall fight on the seas and oceans, we shall fight with growing confidence and growing strength in the air, we shall defend our island, whatever the cost may be, we shall fight on the beaches, we shall fight on the landing grounds, we shall fight in the fields and in the streets, we shall fight in the hills, we shall never surrender!".....hmm memang best lagu dia. Nak nak dengaq pulak konsert dia Life After Death.....superb ah performance depa.

Lagu-lagu depa ni written by Steve Harris dengan lead vocal dia Bruce Dickinson. Bruce ni holder of B.A. in History, Steve Harris tu pulak asalnya nak jadik professional footballer. So, no wonderlah kalu lagu-lagu depa ni banyak berunsur sejarah. Cuba dengaq album Powerslave....gambaq depan dia pon tunjuk gambaq Eddie jadik Spinx...heh heh eddie ni ialah maskot Iron Maiden.

Ok, aku sebenaqnya bukan nak cakap pasai Iron Maiden. Aku nak crita, pagi tadi aku saja la ajak dua tiga org officemate ni p makan lunch minggu depan kat Kedai Bunian. Hampa tau ka Kedai Bunian ni? Dia ni kat jalan nak ke Bandar Baru Salak Tinggi dari Putrajaya...dekat Kg Sg Merab....ada yang kata Kg Limau Manis. Tapi yg betul nya kat Kg Sg Merab la.Specialty nya Kedai Bunian ni masakan dia diorg cakap sodap. Menu dia hari Isnin dgn Khamis ialah Gulai ketam, ikan kicap, ayam goreng and sayur. Hari Selasa gulai udang galah, sambal ayam, ikan goreng n sayur. Hari Rabu gulai ayam kurma, sambal udang, sambal terung n ikan masin goreng. Jumaat n Ahad sarapan sahaja and Sabtu salah satu menu yg sebut tadi. Aku x pernah la p makan lunch kat situ tapi hari tu ada la si Haji Harris bawak aku p breakfast kat situ. Nasi lemak dia wrapped dengan telur dadar dengan ikan masin bulu ayam, timun sikit. Sambal dia sedap tapi podeh ya amek. Dalam podeh tu pon, semangkuk kecik jugak la aku abiskan.

Dalam empat org yang aku ajak tadi, ada sorg, si anim reply balik kata takut nak g sbb ada org halus kata dia. Dia cerita staff kat ofis lama dia ada nampak benda tu. Bila aku tanya sapa dia, dia sebut nama Sharmila dgn Puan Gee. Aku x brp heran sgt kalu Sharmila yang nampak sbb dia tu hindu. Hindu ni kan menyembah apa sahaja benda yang dia nampak macam magic. So, x mustahil kalu org bunian tu jelmakan diri dia kat depan Sharmila tu. And as for Pn Gee pulak, mungkin dia ni special case yang mana ALLAH bukak kan hijab alam ghaib pada dia mcm si Shamil anak bang lang aku. Tapi, yang si anim ni takut sangat, tu yang mcm tergendala plan kitorg ni. Aku pun rasa pelik jugak....xmo cakap lebih aa nanti rasa macam takabbur pulak nanti ALLAH uji aku. Aku x leh tahan ujian tu. Na'uzubillahiminzalik......

Ok lah, cukup aku merapu takat ni dulu. Nanti aku cerita lagi na.....

Asta la vista bebeh. I'll be back!


No comments: