Wednesday, December 26, 2012

I am Nazgul.....!

Assalamualaikum wbt.

Hmm...tangan aku terasa gatai nak ber 'blog' balik. Bukan pasai apa, tapi lately ni ada satu orang macam nak cilok tag line aku ja...."asta la vista, bebeh; i'll be back!". So, adalah menjadi kewajipan akulah untuk mempertahankan tag line aku tuh. Kalu la orang tu baca blog aku nih, konfem aku kena sampai down to earth punya dengan dia.....The Middle Earth, hahahahaha!

The Hobbit! Bila sebut ja pasai The Middle Earth, mesti teringat depa ni.....hmm, bila tau nak p tengok cerita tu. Aku kagum betoi dengan mat saleh ni pasai buat movies. Ya la, memey aa movies tu sebagai alat dakyah depa nak melalaikan kita umat Islam, tapi aku kagum dengan ketelitian depa, kesabaran depa dan juga bajet depa!! Kalu sapa yang ikut cerita ni mesti teruja dengan kesabaran menunggu cerita tu men kat mesia nih. Lord of the Rings : The Fellowship of the Rings men taon 2001; Lord of the Rings : The Two Towers men taon 2002 n Lord of the Rings : The Return of the King men 2003.

Aku ingat lagi, LOTR 1 aku p tengok kat Cheras dgn Li Goon. Masa tu aku dok menyewa kat Flet Sri Tioman n masa tu jugak aku dh dekat2 nk pindah. Jadik kat umah tu tinggai aku sorg2 ja....anak bini suma dh balik Tampin sbb wifey aku pon dpt pindah ke sana. Best gila p tengok wayang dgn Li Goon. Then, LOTR 2, masa tu aku dh duduk Balakong, dok bujang dgn geng UPM aku pasai masa tu aku buat study pt time kat UPM. Pon, aku p tengok dengan Li Goon. And masa LOTR 3, aku dh blah balik dok Tampin, dok ulang p UPM nek X5 aku...ehem, Honda EX5 aku. dan, aku tengok cita tu pon thru vcd hat aku beli kat melaka.

Bayangkan...pengabih cita LOTR 3 tu, Elfs bawak Frodo nek kapai dia nak bawak p ke negeri depa, negeri Elfs. Punya lama dok tgu 2003, now dh 2012, almost 9 years punya masa nk tgu sequels dia. Tu pasai la aku kagum dengan mat saleh ni, depa punya teliti n sabaq buat sesuatu keja tu, memey kita x leh lawan. Kalu kat mesia ni, kalu dia dh box office dgn 1st filem dia, hampa tgu aa....5, 6 bulan lepaih tu konfem kluaq crita part 2, paih tu 3, 4 bln lepaih tu plak kluaq plak pt 3 dia....apara. Hahaha, mesti org kata aku x dak semangat nasional punya......

Kalu nak tunjuk semangat nasional, mai jumpak aku sendiri la baru hampa buleh tau aku ni ada semangat nasional ka x dak. Semangat nasional ni bagi aku kita kena pandai baca la. Macam tulisan aku ni, kalu sekali imbas memey aa nmpk macam aku dok kutuk industri perfileman mesia n kalu bro tu baca konfem dia nak saman aku plak nanti. Tetapi, cuba hampa imbas pakai peranti pengimbas, mesti hampa akan nampak apa yang tersirat dalam apa yang tersurat tu. Kadang2 kita kena perli orang, baru la orang nak bergerak maju. Sama jugak, kalu penggiat seni filem dia baca perli aku ni, kalu dia tengok dari segi positifnya, pasti dia pon akan cuba buat filem trilogi macam LOTR tu....x kira la apa tajuknya, cuba dia buat macam tu. Buat first filem, best kau2 punya mcm Fellowship of the Rings tu n buat cerita dia tergantung sikit....konfem org akan tgu punya sambungan. And bila org tau sambungan dia dh nak men, konfem tiket akan habih awai....cuba la hampa buat!

Aku x tau la org mesia ni memey ada semangat nak cuba ka tidak. Cumanya sepanjang yg aku keja kat tempat baru ni (keja gomen ni)...aku tengok kebanyakannya reluctant nk cuba kalu ada benda baru. Fuh...reluctant tu, betoi ka apa yg aku tulih ni. Sat, aku nk check kat dictionary.com sat....sat no...................................... (unwilling; disinclined: a reluctant candidate. )..haa, tu dia, maksud reluctant. ni aku amek dr dictionary.com nih, jgn la hampa kata aku memandai plak. Memey aku ni pandai n memey aa tok n tok wan aku org new zealand.....heh heh.Hmm....betoi apa yg aku kata ni. Politics? hum...jgn cita la. Tinggi mana pon pangkat hang, kalu org tu baik dgn bos hang, hang baik tutup ja la mulut hang tu. Hahahaha......bagi depa ni, org baru yg full with ideas adalah satu threat pada depa, so depa akan buat apa saja just to defeat this new rising power...The Power of Darkness!

Hahaha....nampak macam aku ni banyak sangat fantasi kan? Normal huh....aku kan ka manusia. Aku bukannya Optimus Prime ataupun Megatron...walaupun aku minat gila dengan dua2 ekoq tu. Nampak macho kan depa tu? Hmm...imagine aku ni Optimus Prime, konfem aa Megan Fox tu gila kat aku, bukan kat hero dia. Tapi, hat ni aku betoi2 konfius, awat la depa amek si Shia LaBeouf tu, awat x amek si Josh Duhamel yang aku rasa 15x jauh lagi macho dr si Shia tu. Nama dia pon dah macam Syiah dah.... Cuma yang aku tau Shia ni is a jew from his mother side and he were raised as a jew. Nampak x permainan diorg? Hahahaha. kalu ada hat x nampak lagi, elok aku hantaq Megatron p bagi pecerah sikit mata hampa

.

Ni aku sambung dok menaip kat umah plak ni. Rasa macam panjang ja aku nak tulih, tapi aku rasa kena reserve sikit la kot....takut2 x dak idea plak nanti. Hmm...aku masih lagi dok tertarik dengan Optimus Prime dgn Megatron tu tadi.....Kalu aku, aku mungkin nak jadi macam Nazgul dalam Lord of the Rings tu, tapi ada body mcm Optimus Prime la....amacam? Hahahahahaha.....

Asta la Vista Bebeh.....I'll Be Back!

Wednesday, July 4, 2012

Memori

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah....segala puji hanya bagi ALLAH SWT, Raja yang mempunyai Kerajaan meliputi langit dan bumi dan segala apa yang ada antara kedua-duanya dan apa yang ada didalamnya.Tuhan Rabbul 'Alamin yang tidak pernah berkehendakkan pada apa pun atau pada siapa pun.

Pejam celik pejam celik....dah masuk 15 Sya'ban. Marhaban...marhaban.....dan x lama lagi kita semua akan bertemu bulan yang paling dinanti-nantikan, Ramadhan Al Mubaraq. Sedaq tak sedaq...ataupun aku saja-saja buat-buat tak sedaq, dah nak masuk 43 tahun dah aku. InsyaALLAH, jika diizinkanNya, maka sampailah aku ke usia tersebut dan mungkin panjang lagi dari tu, insyaALLAH.

Bukan apa, aku teringat nak tulih balik blog ni....saja gatai tangan ja. Punya la lama tinggai....... Tadi, dok main game PiratePoppers. Tengah dok main game tu, aku teringat la kisah-kisah dulu...masa sekolah dulu. Masa sekolah dulu, especially masa upper form, aku dah jarang la nak balik umah tiap-tiap minggu. Bukan apa, kalu balik tiap-tiap minggu, parak aa aku. Aloq Setaq pi Merbok, buleh tahan jugak la. Naik bas STC ka SPC ka....aku pon dah lupa. Tapi bas hat dok lalu Aloq Setaq-Butterworth tu la. Nek dari Bedong sampai Aloq Setaq, x salah aku dalam RM3.xx (pakai baju sekolah).

Jadiknya, bila hari minggu (Jumaat/Sabtu) aku pun cargas aa balik Taman PKNK. Aku cukup suka dok Taman PKNK ni. Bukan apa, tempat tu dah macam kampung....orang suma kenai antara satu sama lain. Sampai aku pon depa kenai...apatah lagi depa tau aku ni duduk boarding school, lagi la mahai saham aku. Rasanya saham facebook dgn Felda mmg x leh celen saham aku masa tu.

Budak pompuan sebelah umah pak menakan aku tu, nama dia Maheran. Comey, putih, kecik miut ja orang dia. Paih tu ada sorg lagi budak pompuan, umah dia seberang jalan umah pak menakan aku. Nama dia aku lupa dah, pon lawa jugak...budak Asma. Jadik, ni jugaklah antara faktornya aku suka balik PKNK.

Selalunya hari Sabtu, lepaih mangkit tidoq lebih kurang awai jugak la, aku pon siap2 aa. Lepaih minum ayaq, aku pon habaq aa kat mak menakan aku nk p aloq setaq sat. Siap2, kluaq umah...aku pon ikut jalan bendang sebelah taman tu. Bendang tu sawah la.....taman ni sebelah sawah. Aku jalan seberang sawah, lalu kot jalan keretapi, lalu celah sekolah, keluaq kot jalan stadium, teruih aa aku p stesyen bas baru. Beli buri dulu...paih tu jalan balik p Pekan Rabu.

Paih tunggu aa kawan2 hat outing hari Sabtu. Tapi aku tunggu hat bujang saja la...mana hat berkapel tu aku x join aa bro. Aku ni buruk orangnya...so aku ada sedikit masalah rasa rendah diri yang amat sangat...heh heh. Lepaih jumpak dua tiga orang, kadang2 kami p tengok wayang. Kadang2 lepak ja Pekan Rabu tu pekena mi tonggek ka pekena laicikang ka kat Bamboo ataih tu. Masa tu cukup ramai aa kapel2 yang femes kat sekolah aku. Aku jumpak Mad Yaih dgn Azleen, Somad dgn Erny, Malo dgn Sana, Non dgn Koro....hmm ramai aa.

Dah tengahari sikit, perut pon dah lapaq, aku pon celapak p stesyen bas baru, tgu bas pknk, paih tu balik aa. Pekena nasi dgn kari ikan campoq sambai belacan mak menakan aku...kadang2 sampai tiga pinggan aku makan. Allah....sedapnya dia masak. Tu hat aku nak cari orang utara buat bini, tapi depa suma x mau kat aku. nak buat gena.....huhuhu.

Hmm.....memori memang lah sesuatu yang amat berharga...bak kata Smeagol "my precious....my precious". memang x boleh beli punya memori ni. Memory card memang la hang buleh beli. Dan bagi aku, memori duduk di Kedah adalah memori yang sangat-sangat aku hargai. Kedah ni satu negeri yang sangat-sangat menarik. Orang dia sumanya ramah-ramah. Kadang-kadang susah kita nak teka orang tu adik beradik ka, sepupu sepapat ka, kawan biasa ka....sebab keramahan penduduk negeri Kedah ni. Rasanya, macam bagi depa ni x dak la istilah "orang asing". Paham disitu ya....orang asing bukannya warga asing!





Aku berdoa sentiasa ke hadrat Ilahi, agar dipanjangkan umur ku beserta kebaikan iman kepadaNya dan sentiasalah aku ini diberi peluang dan kemudahan untuk aku terus menziarahi Negeri Kedah Darul Aman sepanjang masa.







Asta la vista, bebeh!