Sunday, June 12, 2011

Panchang...

Assalammualaikum wbt.

Pagi yang indah, sejuk, nyaman. Memang itulah rasanya setiap kali aku bangun tidur di kampung, Kampung Hj Sulaiman @ Panchang. Dah lama betol aku x tidor kampung. Ever since ayah dah x dak, aku jadik lagi malas nak tidor kampong. Aku asyik teringat kat ayah ja.....tah lah. Mungkin sebab aku banyak dosa dengan Allahyarham...Ya Allah, aku bermohon dengan sifat Rahman dan RahimMu Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa ku. Ayah, beliau seorang insan yang amat hebat bagi aku. Diri dia sentiasa tenang walaupun dalam keadaan marah. Tak macam dia muda2 dulu, dia memang panas baran (aku pon panas baran, agaknya warisan ayah dan emak kot....).

Lately, masa dia dekat2 nak pegi, dia lagi cool. Dia dah simpan janggut, dia selalu tepon aku tanya aku x balik kampong ka....selalu dok mengadu dia sakit x baik2. Tapi, kita ni sebagai anak memang jarang nak ambik berat pasai orang tua kita kan? Tapi, bila depa dah x dak, baru la kita dok tekenang2 kat depa. Hmm.....aku terima kenyataan yang ayah dah x dak, cuma aku sering rasa bersalah sbb x dapat bagi kehidupan atau pun x dapat nak jaga ayah sebaiknya sebab aku sendiri dok bergelut dgn kehidupan, nak menyara keluarga. Allah, kadang2 terlalu berat rasanya dugaan yang Allah timpakan. Tapi, bila kita melihat sekeliling kita, rupanya ada yang kena ujian yang lebih berat dari aku. maka, senyumlah dan hadapilah hidup ini dengan zikrullah!

Pagi tadi, lepaih mandi n sarap, aku bawak Muhammad pegi kuboq ayah. Hmm...kuboq Allahyarham Hj Lisot dah naik batu. Kuboq ayah lambat sikit kot...according to kakak aku kena tunggu 100 hari barula bulih nek batu tu. Hmm...aku pon x tau dr mana mai nya ajaran ni, tapi as long dia x bercanggah dgn syari'at, i follow. Lepaih doa, Muhammad ajak aku cari kuboq moyang dia. Kami duorg pon puaih la kelilin kawasan kuboq tu nak cari kuboq emak ayah aku tapi x jumpak. So, kami pon balik la.

Angah suruh aku mesin nyoq tiga bijik. Nyoq...hampa tau dak nyoq tu menatang apa? Ha ha ha...org utara pangge nyoq la atau bahasa kebangsaan dia nyior ataupun kelapa. Hmm...mesin nyoq kalu hampa nak tau memang mcm dah sebati ngan aku. Dari arwah ayah ada sampai la dia dah x dak, keja mesin nyoq memang depa suma sruh aku. Aku ingatkan bila dah kawen, anak dah banyak, dah besaq, depa x sruh aku dah. Fuhh...aku silap rupanya. Tapi, no sweat bro...cakap omputeh la plak. Selamba ja tiga bijik tu. Dah siap tu, aku pon p la ddk dpn tv. Si Shaqir plak balik, bwk balik Harakah. Harakah? ha ha ha kalu arwah ayah ada lagi, mampuih dia x mau baca paper tu...pegang pon dia x mau aih. Dia memang anti gila dgn geng depa ni, dia memang UMNO totok. Tapi, ada UMNO pedulik pasai dia. Huh..ptuih, haram langsung depa buat x tau kat dia.

Lepaih belek2 sat, aku pon lena. Masa lena tu.....mana la aku tau jadik apa pasai aku dok lena...hahahaha. Bila dah tejaga, lauk pon dh siap. Kebetulan, Pak Teh Ahmad (adik arwah ayah) dgn wife dia, Mak Teh Bedah sampai. Depa baru balik dr rumah Pak Ngah Md Nor (abang arwah ayah). Then, kami pon pekena nasik sama2 la. Lepaih makan, dok sat, Pak Teh pon balik. Aku pon x lama lepaih tu cabut la. Kena p hantaq anak aku, si Angah, balik skolah dia. Sampai skolah tu terjumpak plak dgn Dr. Khatijah, PKD Tampin. Huh...ramai rupanya staf Kesihatan NS hat ada anak kat skolah tu. Aku, Dr. Hatijah, Dr. Khatijah and Matron Aisyah...tah lah kot ada lagi yg aku x jumpak lagi.

Lepaih suma dah ok, kami pon balik Tampin sbb nk kejaq masa takut2 si Maryam tgu kat Giant lama sangat. Si Maryam ni, anak aku hat no. 3. Tahun lepaih, dia masuk pasukan beruniform Puteri Islam, tapi sbb aku tengok mcm x dak aktiviti apa2 pon, lebih pd mcm Puteri UMNO ja, aku pon naik geli. Aku sruh dia tukaq pasukan. So, taon ni dia join plak Pasukan Kedet Bersatu Malaysia....hmm, tu dia, telebih aktiviti plak dah. Mulanya dia p perkhemahan kat Kem Gemas wakil skolah. Lepaih tu, p perkhemahan kat PD plak wakil Tampin masa mula cuti skolah. Aku balik dr Swak hari tu ingatkan boleh la jumpak dia, rupanya dia dh p training plak kat PD lagi pasai dapat wakil NS plak. 19 ni depa kena p PD lagi utk perkhemahan seluruh Malaysia plak. Tak tau nak kata apa, kesian pon ada, bangga pon ada.

Malam, aku x buat apa pon. Cuma aku rasa malaih nak p bagi ceramah kat Kolej Jururawat Masyarakat PD 14hb ni. Bukan apa, hari tu, bagi ceramah kat Kolej Jururawat Seremban, langsung x dak feel. Budak2 jururawat ni plak suma mcm budak2 ja. Tah lah, tapi aku mmg rasa malaih la, so, esok aku nak minitkan kat cc Kharul surh dia p ganti aku la. Malam, bini buleh buat hai plak. Dia p bukak tengok AF, paih tu bila aku berdiri depan dia, dia buat tak tau ja, sengih2 kerang dia. Hangin aku satu badan...aku mmg x bagi tengok AF nih. Dia dah tau laki dia x suka, dia dok buat jugak, so jgn marah la kalu aku x tegoq hang.

Hmm.....aku rasa x dak apa story yang menarik nak cita kat sini ari ni. Aku stop dulu lah. Asta la vista bebeh!

No comments: