Thursday, May 7, 2015

Happy Birthday Mom!

Assalamualaikum wbt.

As usual, i woke up at 4.00am this morning, grabbed my handphone and look at the whatssapp icon. Aha...got wassap n i clicked it. Turnout to be a wassap from Faizal mentioning that he's packing up as he has to rush back to hometown, that doctor has been calling all siblings due to the critical condition of his mother. Hmm....pity on u bro, may ALLAH ease everything for u. Just keep calm and doa. Yup...doa is the best thing to do.

Well, this thing took place in the early of this very important day for me. Yeah....it's 7th of May n what happen today? See....if my Yang Teramat Mulia Allahyarhamah Mother still alive, she'll be 80 years old today. Yup, coz today is her birthdate. She was born 80 years ago, in 1935, at Lubuk China, Negri Sembilan. Born to a couple of Majid Bin Rashid and Menah @ Burok Binti Muat at Kampung Semin, Lubuk China, NS. She was given a name as Puteh Binti Majid and then change her name to Azizah. Why it was change? I don't know...i have never ask why.

My mom has 7 siblings, 5 men and 2 women. His elder brother, Allahyarham Tn Haji Zainal Bin Majid, her younger sister Allahyarhamah Jamilah Binti Majid, her younger brothers Tn Haji Maarof Bin Majid, Tn Haji Harun Bin Majid, Tn Haji Abu Bakar@Md. Zin Bin Majid, her youngest sister Pn Hajjah Rosnah@Juriah Binti Majid and her youngest brother Allahyarham Zainudin@Senin Bin Majid.

My mom got married at the early age. There's bit of rebellious act from my mom when she was told that she is going to get marry to someone that she never knew of. Well, i don't know...maybe mom has her own sweet heart that time. I don't know.....but then she were married to my Allahyarham Yang Teramat Mulia Ayahanda Haji Yahya Bin Hassan. Dad is a handsome man and maybe that's the reason why mom keep quiet and accepted the marriage....heh...heh...and then out the 10 of us.

Aku x ingat about me masa aku kecik2 as my mom jarang dok cerita pasai kami masa kecik. Tapi bila dah masuk sekolah rendah, aku ingat la jugak karekter mom aku ni. Dia mmg sgt garang dgn kami ataupun dgn kawan2 kami. Ramai kawan2 kami yang takut dgn my mom. Selalunya kami akan baca quran dgn my mom everyday lepas maghrib without miss. The three of us, aku, uji and ani. Dik Lan is still small masa tu, so he escaped from Alcatraz la. Aku yg paling besaq masa tu....jadik uji dgn ani kena buli la dgn aku. Depa baca quran, aku tengok tv. Bila mak mai, kelam kabut la aku baca quran...heh...heh...

Lepaih tu, bila petang dan selalunya hari Jumaat la....kami kena tidoq pasai mlm tu nak tengok cerita melayu. Tapi aku tengok paper dulu, rancangan tv. Kalu malam tu cerita hantu, petang tu aku x tidoq la. buat-buat baring, paih tu bila mak dah lena, aku pon bangkit p trun main kat bawah rumah. Bila kena jerit, berlari balik la ke ataih rumah and tidoq....heh...heh....Ni cerita masa kami dok di Pondok Polis Rantau Panjang, Selama, Perak. Tanah tumpahnya darahku!. Then, bila dah pindah ke Berek Polis Sungai Petani, Kedah, aku ingat lagi masa first day nak p register aku kat Sek. Ren. Ibrahim, Sungai Petani...mak bawak aku. As usual, mak akan dressing mcm slalu la....baju Kedah dgn kain batik n tudung kepala. Muka akan sapu bedak....so, org Sg Petani kata org kampung la.

Well, mak aku x pedulik semua tu. Dia pegang tangan aku and bawak p register aku untuk masuk Darjah Lima sek tu. So, kerani tu sruh aku and mom tgu kat Bilik Guru Besar, Mr. Chong. Then, dia panggey kami masuk and tanya sikit2 lah kat aku n mom. Paih tu, dia tengok kami ataih bawah and then tengok report card aku dari sekolah lama dulu....mungkin dia macam x percaya kot sbb aku slalu dapat no 1 masa kat sekolah lama ku, Sek. Ren. Keb. Rantau Panjang, Selama, Perak...sekolah aku dengan Ucop Ghani dulu. So, dia kata aku kena masuk Darjah 5 Merah. Whoa....kemain seronok aku. Sbb dari sekolah lama lagi aku dok duduk kelas merah ni. Dari darjah satu sampai empat.....kelas merah kat sekolah lama aku ialah kelas A.

So, aku pon masuk la kelas tu n jumpa Cikgu Chan. Masa tu ada dua cikgu Chan kat SRI tu...cikgu kelas aku Cikgu Chan Pendek and sorg lagi cikgu kelas 5 Biru, Cikgu Chan Panjang. Then, mak balik n tinggai aku sorg2. Rupanya kelas 5 Merah kat SRI ni ialah kelas 5E....iaitu kelas paling corot. Hahaha.....damned! Mentang2 aku mai dari kampung.....tapi x pa. Aku kena jadik Ketua Kelas n Cikgu Chan selalu jugak puji aku rajin. Heh...heh.....tahun tu aku sit for Ujian Peperiksaan Penilaian Darjah 5. Sekarang ni known as UPSR la. and you know what, SRI dapat 16 org students yang score straight 5A's. 14 dari kelas 5A (Kuning), 1 dari kelas 5C (Hijau) and 1 dari kelas 5E (Merah) and that fellow from 5E is none other than? Me! Yesssss......hahaha.....terdiam Mr Chong The Gurubesar. Then, naik darjah 6 aku kena tukaq p kelas 6 Kuning iaitu 6A. My mom was so proud of me and ayah too!

My mom adalah tukang masak yang terbaik. Dia tau masak semua jenis masakan dari utara Semenanjung sehingga lah ke Pantai Timur Semenanjung. You name it, u'll get it. Air tangan mak mmg cukup superb! Kurniaan ALLAH padanya...kami ni x pernah komplen apa yang masak. Semuanya laju je masuk mulut kami. Alhamdulillah.....yang paling aku suka ialah nasi lemak mak. Mak akan buat nasi lemak dgn sambal tumis lemak...fuh! terangkaik yop......sambal tumis tu mak akan campoq santan sikit. Buleh kata semua sambal tumis mak akan campoq santan sikit. Memang nallarekek sambal tumis mak. Teringat lagu Suhaimi Meor Hassan....."sambal tumis ikan bilis, sambal belacan, gulai tempoyak, panggang ikan haruan....". Tapi mak kalu buat gulai tempoyak, mak akan buat ikut stail dia, bukan stail org Perak. Mak akan masak lemak cili api dan dicampur tempoyak....fuh...heaven aa. Campoq kicap sikit....tu dia aih, berkecoq ayaq lioq!

Mak juga akan buat kueh raya dia sendiri. Aku teringat masa tu betapa mak dengan gigihnya pukul telur dan tepung utk buat bahulu. Aku macam biasala....kena buat keja tu. Bulan puasa, dengan panaihnya, dengan asapnya (masa tu buat bahulu guna sabut kelapa dan arang)...aduuhhhh....cobaan! Jugak, paling aku xtahan kalu ayah nak makan bubuq kacang ka atau apa2 foods yg ada santan, maka aku la yg kena kukuq nyoq. Kena kukuq nyoq guna tangan tau...hampa penah ka? Bukan saja kuih raya, baju raya kami pon mak akan jahit sendiri. Mak jahit tangan tau!

Bila aku dah besaq sikit, sekolah menengah aku kena p boarding school. Aku tau mom is very proud of me tapi she never show that. Kadang2 aku dengki jugak dengan adik2 aku esp uji sbb dia mcm dpt perhatian lebih dari mom. Dengan duduknya aku diasrama, hubungan aku dgn mak agak jauh sikit la. Mungkin tu sbb aku menjadi bertambah kurang ajaq dgn mak. Lepaih SPM, aku dapat ITM Johor tapi aku refused to go. Masa tu aku betoi2 frust pasai x dpt p oversea. Ya la....bodoh aku jugak, ikut darah muda. Tetapi, bila aku ternampak mak menangis, baru la aku slow2 p kemaih baju aku dan akhirnya aku p jugak la ITM Johor tu.

But, again, aku terlalu ikut darah muda dan membuat satu keputusan yang paling bodoh dalam hidup aku. Aku decided to fail and not to success!. Lastly, aku quit ITM just to p keja sebagai kerani bank kat Penang. Bayangkanlah, betapa hancurnya hati mak nak tengok aku berjaya. Tapi tu lah, waktu tu hati aku terlalu keras dan hitam. Aku x pernah peduli apa perasaan mak....aku begitu sombong memenuhi tuntutan hati aku saja. Sampailah aku kahwin dan beranak pinak. Then come 1998....masa tu zaman susah. Aku pon start belajaq balik kat ITTAR. Completed diploma aku, aku pursued degree kat UPM pulak. Graduated in 2005, ayah n mom attended Graduation Ceremony aku. Aku nampak mak begitu gembira masa tu (tapi still dia tidak tunjukkan). Aku tau ayah n mom are so proud of me at that time. Alhamdulillah, at least aku dah tebus dosa aku yg lama dulu.

Aku kerja sendiri masa tu. Pernah jugak ayah tanya n suruh mintak kerja....aku angguk ja. Tapi, mak....dia x pernah tanya pun pasal tu. Aku ada buat kebun sayur kecik....baru nak mula buat. Then, mak kena stroke sebelah badan...it was in 2007. Itulah mulanya mak terlantar and i missed all the foods yg mak slalu buat. X ada sapa yang boleh replace masakan mak...not even angah, yg kami anggap sebagai Masterchef. Yang paling aku kesal ialah, semasa mak dalam keadaan mcm tu, aku ni x buat apa pun untuk menjaga mak. Aku rasa macam aku x layak nak jaga mak. So, uji yang started jaga mak. Then, in 2010, angah balik ke kampung untuk jaga mak full time. Alhamdulillah...moga ALLAH memberkati Angah sekeluarga. Dan Angah terus menjaga mak sehingga akhir hayat mak pada 2013.

Tu lah....kalau hampa semua dok ada mak lagi, jagalah mak n ayah hampa. Jaga elok-elok, beri yang terbaik. Jangan jadi macam aku ni....aku hanya mampu berdoa moga ALLAH ampunkan dosa kedua orang tuaku.

"Ya ALLAH, Kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku,
Luaskanlah kubur-kubur mereka,
Terangkanlah kubur-kubur mereka,
Angkatlah siksaan kubur mereka,
Bukakanlah pintu-pintu syurgaMu untuk mereka Ya Rahman,
Tutupkanlah pintu-pintu nerakaMu dari mereka Ya Rahim"

Aminn ya Rabbal 'Alamin

Miss u mom!
Happy birthday mom!
Happy Mother's Day mom!
Love u forever!

Asta la vista bebeh, i'll be back!

Tuesday, May 5, 2015

Living In A Speeding World.....

So...it's 5th May already. Time is ticking too fast nowadays. So, where do i begin?

Hmm....ok i'll start with the sound of alarm. Pukul 12.00 tengah malam. Rupanya alarm bagitau besday Haji Harris Harun. Terkelip-kelip mata aku nahan ngantuk naip Happy Birthday Bro. Bumm....aku tidoq balik lepaih tu. Tiba-tiba dengaq bunyi lagi....aku bukak mata, rupanya bunyi alarm bangun tidoq pulak. Aih....rasa mcm sat tadi ja aku bum balik....sat sungguh no. Pukui 4.00 am...terkulat-kulat mata aku menahan pedih ngantuk. Teraba-raba aku cari tuala mandi...tiba-tiba aku terasa macam aku terpegang satu benda...lembut dan kenyal. Ohh....punggung isteri ku rupanya aku teraba....heh...heh.

Lalu ku teruskan dengan aktiviti bangun tidur ku iaitu meneran isi perut di dalam tandas. Sambil tersengguk-sengguk aku meneran...mcm nak terlelap pon ada, tapi ku tahankan jua. Selesai acara meneran, menggosok gigi dan kemudian acara yang paling menyeramkan.....mandi subuh jam 4.30am selesai hujan malam tadi. Fuh.....terbeliak biji mata ku dek kerana kesejukan air yg menerjah batang tubuh ku.

Selesai mandi, isteri ku baru bangun...terkebil-kebil dan tersenyum memandang aku. Aku pon mengangkat kening mataku padanya dan terus menuju cermin untuk melihat wajahku yang hensem (sapa x suka jangan baca blog ku ini.....:D). Aku bersiap dan mengemaskan sedikit barang aku untuk dibawa ke ofis hari ini. Turun ke bawah, betulkan pula jam tangan ku yg outdated tarikhnya. Huh....jam beli mahal-mahal...siap ansuran lagi...tapi tetap juga bengong.

Jam 4.45am...isteriku melenggang kangkung membawakan nasi goreng panas dan kopi o panas untuk santapan ku. Hmmm....dah 20 tahun kami bersama, aku xpernah jemu menghadap dan menjamah nasi goreng buatan isteriku. Ia xpernah membosankan ku. Adakalanya, aku merindui nasi gorengnya dan meminta dia membuatkannya untukku....walaupun dah pukul 10.00pm. Dia tetap akur membuatkannya....mungkin kerna keikhlasannya itu yang membuatkan aku x pernah jemu menjamah nasi gorengnya. Sebagaimana aku x pernah jemu menatap wajah nya....walaupun ada masa-masanya kami bergaduh, bertengkar, tidak bertegur sapa....namun dalam pada itu aku tetap mencuri-curi untuk menatap wajahnya. Ya....aku x pernah jemu menatap wajahnya.

Haha....emo pulak aku. 4.50am, start enjin keta n gerak ke ofis. Hadui la....mengantuknya Tuhan aje yg tahu. Dalam pada tu, hati aku ni dok dup dap jugak....saspen. Ini semua pasal dak Lunek la dok bukak crita dia jumpak hantu pocong kat jalan Kendong tu. Hampeh punya Lunek.....skrg ni tiap pagi aku lalu jalan tu aku mesti ketaq gila. Alhamdulillah...lepas jalan tu dengan tenang tanpa sebarang gangguan. Kol 5.30 am aku dah masuk highway thru Senawang Tol Plaza. Hmm...boleh tahan banyaknya keta pagi tadi. Then, kedengaran azan dilaungkan di corong suara henfon ku. So, aku pon berhentilah di RnR Seremban untuk menunaikan solat Subuh. Alhamdulillah....dapat berjemaah jugak pagi ni. 6.05am sambung balik n singgah kat umah sewa jap sbb amek sluar utk pakai esok. 

Sampai kat parking ofis kol 6.45am. Siap-siap semua n terus naik ofis. Yg baru smpi cuma si edrin n budak pompuan sorg. Tulih nama aku n trus masuk bilik. Kepala aku pening berpusing....ni sbb terlalu mengantuk lah ni. So, aku relax myself kat kerusi aku n terlelap la.....krohh...krohh...krohh....(xtau la aku berdengkoq ka dak). Mr Singh n Fer x smpi lagi. Aku terus tidoq lagi sampi kol 7.55am. Mangkit tidoq n terus p toilet n then dhuha pulak. So, skrg tgh dok update blog la....heh heh. Aku ingatkan nak tulis pasai p Terengganu ari tu...

Len kali lah kot...

Heh...heh....asta la vista bebeh, i'll be back!