Wednesday, July 4, 2012

Memori

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah....segala puji hanya bagi ALLAH SWT, Raja yang mempunyai Kerajaan meliputi langit dan bumi dan segala apa yang ada antara kedua-duanya dan apa yang ada didalamnya.Tuhan Rabbul 'Alamin yang tidak pernah berkehendakkan pada apa pun atau pada siapa pun.

Pejam celik pejam celik....dah masuk 15 Sya'ban. Marhaban...marhaban.....dan x lama lagi kita semua akan bertemu bulan yang paling dinanti-nantikan, Ramadhan Al Mubaraq. Sedaq tak sedaq...ataupun aku saja-saja buat-buat tak sedaq, dah nak masuk 43 tahun dah aku. InsyaALLAH, jika diizinkanNya, maka sampailah aku ke usia tersebut dan mungkin panjang lagi dari tu, insyaALLAH.

Bukan apa, aku teringat nak tulih balik blog ni....saja gatai tangan ja. Punya la lama tinggai....... Tadi, dok main game PiratePoppers. Tengah dok main game tu, aku teringat la kisah-kisah dulu...masa sekolah dulu. Masa sekolah dulu, especially masa upper form, aku dah jarang la nak balik umah tiap-tiap minggu. Bukan apa, kalu balik tiap-tiap minggu, parak aa aku. Aloq Setaq pi Merbok, buleh tahan jugak la. Naik bas STC ka SPC ka....aku pon dah lupa. Tapi bas hat dok lalu Aloq Setaq-Butterworth tu la. Nek dari Bedong sampai Aloq Setaq, x salah aku dalam RM3.xx (pakai baju sekolah).

Jadiknya, bila hari minggu (Jumaat/Sabtu) aku pun cargas aa balik Taman PKNK. Aku cukup suka dok Taman PKNK ni. Bukan apa, tempat tu dah macam kampung....orang suma kenai antara satu sama lain. Sampai aku pon depa kenai...apatah lagi depa tau aku ni duduk boarding school, lagi la mahai saham aku. Rasanya saham facebook dgn Felda mmg x leh celen saham aku masa tu.

Budak pompuan sebelah umah pak menakan aku tu, nama dia Maheran. Comey, putih, kecik miut ja orang dia. Paih tu ada sorg lagi budak pompuan, umah dia seberang jalan umah pak menakan aku. Nama dia aku lupa dah, pon lawa jugak...budak Asma. Jadik, ni jugaklah antara faktornya aku suka balik PKNK.

Selalunya hari Sabtu, lepaih mangkit tidoq lebih kurang awai jugak la, aku pon siap2 aa. Lepaih minum ayaq, aku pon habaq aa kat mak menakan aku nk p aloq setaq sat. Siap2, kluaq umah...aku pon ikut jalan bendang sebelah taman tu. Bendang tu sawah la.....taman ni sebelah sawah. Aku jalan seberang sawah, lalu kot jalan keretapi, lalu celah sekolah, keluaq kot jalan stadium, teruih aa aku p stesyen bas baru. Beli buri dulu...paih tu jalan balik p Pekan Rabu.

Paih tunggu aa kawan2 hat outing hari Sabtu. Tapi aku tunggu hat bujang saja la...mana hat berkapel tu aku x join aa bro. Aku ni buruk orangnya...so aku ada sedikit masalah rasa rendah diri yang amat sangat...heh heh. Lepaih jumpak dua tiga orang, kadang2 kami p tengok wayang. Kadang2 lepak ja Pekan Rabu tu pekena mi tonggek ka pekena laicikang ka kat Bamboo ataih tu. Masa tu cukup ramai aa kapel2 yang femes kat sekolah aku. Aku jumpak Mad Yaih dgn Azleen, Somad dgn Erny, Malo dgn Sana, Non dgn Koro....hmm ramai aa.

Dah tengahari sikit, perut pon dah lapaq, aku pon celapak p stesyen bas baru, tgu bas pknk, paih tu balik aa. Pekena nasi dgn kari ikan campoq sambai belacan mak menakan aku...kadang2 sampai tiga pinggan aku makan. Allah....sedapnya dia masak. Tu hat aku nak cari orang utara buat bini, tapi depa suma x mau kat aku. nak buat gena.....huhuhu.

Hmm.....memori memang lah sesuatu yang amat berharga...bak kata Smeagol "my precious....my precious". memang x boleh beli punya memori ni. Memory card memang la hang buleh beli. Dan bagi aku, memori duduk di Kedah adalah memori yang sangat-sangat aku hargai. Kedah ni satu negeri yang sangat-sangat menarik. Orang dia sumanya ramah-ramah. Kadang-kadang susah kita nak teka orang tu adik beradik ka, sepupu sepapat ka, kawan biasa ka....sebab keramahan penduduk negeri Kedah ni. Rasanya, macam bagi depa ni x dak la istilah "orang asing". Paham disitu ya....orang asing bukannya warga asing!





Aku berdoa sentiasa ke hadrat Ilahi, agar dipanjangkan umur ku beserta kebaikan iman kepadaNya dan sentiasalah aku ini diberi peluang dan kemudahan untuk aku terus menziarahi Negeri Kedah Darul Aman sepanjang masa.







Asta la vista, bebeh!